CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 12 December 2011

Petua student yang excellent

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
1 petua dari ustaz subri arshad
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10% apa yang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
Belajar dalam persekitaran kondusif.
pastikan cahaya adalah terang
kurangkan gangguan bunyi
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
kerusi dan meja menghadap kiblat
jangan lupa untuk senyum
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
mengingat kembali (recall)
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
memberikan tumpuan sepanuhnya
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji:
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
duduk tegak dikerusi yang selesa
baca doa penerang hati
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
fikir dan ingat kembali isi utama
catat/lakar
semak semula ketepatan maklumat
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
buat rumusan
jawab soalan
tampal maklumat yang rumit di dinding
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
jangan makan kepala ikan
jangan makan organ dalaman
jangan minum semasa makan
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
jangan melihat kemaluan
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
banyakkan makan kekacang
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
jangan makan sehingga terlalu kenyang
jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
tampal nota-nota penting di dinding
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
gunakan kaedah akronim
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual
buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
taat kepada Allah
mendirikan sembahyang
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
hormati & sayangi guru
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
membantu rakan yang memerlukan
berdoa dan bersyukur kepada Allah
sentiasa bertawakal
mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

dan petua dari ustaz subri arshad ialah...
buat ringkasan nota amalkan membaca sebanyak 40 kali.. ini telah di buat oleh ustaz yang mana dia lulus 1 daripada 18 pelajaran tahfiz pondok utk ke universiti al azhar di mesir dan dia mengamalkan petua di atas yang di ajar oleh mursyid pondok itu.. alhamdulillah ustaz subri arshad telah lulus dengan cemerlang dan menyambung pelajaran ke uni. al azhar...

5 sahabat.....




neyh larh 5 sekawan kt ukm,kt zaba n kt fep..law pg mner2 mst b'5...law ad 5 org..alamaknyer kcoh larh gn mlot msing2..auni,syahadah,anis,puteri..thks 4 being my fren....

unlucky GF

GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?
GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai , cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak bagi semua tu kat awak .
saya tak berharta awak ...
GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama macam kawan2 awak ?
GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]

( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )

selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum GF pulang .

♥ sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak mampu menjadi seorang kekasih
yang terbaik pada awak . saya tidak mampu berikan kemewahan pada awak . saya
tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan saya . sayang , hari ini awak melihat
dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya ini mampu saya berikan pada
awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak jaga diri awak . dengan mata ini
nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan menyayangi dan akan memberikan segala yang awak mahukan . Maafkan saya . ♥

Sunday, 11 December 2011

facebook!!!


Hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun Facebook. Namun berapa orang yang menilai dan mengambil
berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yang sedang berjalan dari profile Facebook masing-masing?
Ada orang berkata, ‘Eh, aku main FB suka-suka jer, tak kan berdosa kot?’
Kita harus faham setiap saat dalam hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:

1。 Halal
2。 Haram
3。 Wajib
4。 sunat
5。 Makruh
6。 Harus
*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*

Hukum menggunakan FB adalah ‘harus’. Namun apa yang kita kongsikan dalam FB itulah yang akan menentukan samada ia halal atau haram, memberikan kita saham dosa atau pahala.

Antara dosa yang sering dilakukan tanpa sedar adalah:

1 Meletakkan gambar sendiri yang tidak menutup aurat.

2。 Menyebarkan gambar orang lain yang tak tutup aurat.

3。 Menyebarkan fitnah dan umpatan.

4。 Berbual mesra (chatting) antara lelaki dengan perempuan dengan kata-kata yang boleh menaikkan syahwat.

5。 Mengorat anak gadis (dengan cara yang salah) dan isteri orang.

6。 Membuka aib diri, keluarga dan orang-orang yang dikenali.

7。 Menggunakan bahasa-bahasa yang kesat.

8。 Menyakitkan hati orang lain dan.

*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★

Renungkan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di atas dan semak balik cara kitamenggunakan FB selama ini.

Adakah FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kepada kita?

Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yang melihat dan membaca FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yang diterima dari setiap orang yang menjengok FB

kita? Mereka bukan setakat menjengok segala post dan gambar kita tetapi mungkin akan tag dan share gambar dan

semua post yang kita tulis kepada rakan-rakan mereka.

*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*.•*´¨`*•.*★*
Tindakan Yang Harus Diambil Sekarang!
Buang semua gambar yang tidak menutup aurat, tabbaruj dan gambar-gambar yang tidak sopan.

Buang gambar-gambar orang lain seperti artis, wanita cantik dan mana-mana gambar yang tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah dan seumpamanya.
Buang semua status yang berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran dan mungkin punyai kata-kata yang menyakitkan hati orang.
Mohon maaf di atas semua kesalahan yang dilakukan. Seandainya FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terusberjalan selagi orang melihat dan berkongsi apa jua yang kita

letakkan dalam FB itu.
Sebaliknya jika saham pahala yang kita perolehi, bersyukurlah kepada Allah kerana saham itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatknnya.

diLemMa DaLam Kehidupan

kta mmg hidup dlm era serba maju
sungguhlah iman tak di nilai just ikut baju
kalu bertudung tapi pakai yang gitu2
kta pon susah kenal manusia ke hantu''

banyak salah faham bila mula bertudung
maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
no more pant suit, kebaya or kebarung
dah kalu gitu lebih baik duk berkurung"

bertudung itu bukan lah satu paksaan
ianya lebih kepada keinsafan
selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
itu lah pasal fesyen pon y bukan2"

cekap bersenjata datuk panglima
gagah berani juga perkasa
andai dikau tak dapat menerima
mohon dimaafkan segala dosa.

hanya padamu ku mengadu....

Ya ALLAH...hambamu ini daif orgnya,tetapi aku tidak ingin lemah seperti org lain.sepanjang umur sy 20 tahun..banyak cabaran serta rintangan yg perlu di hadapi.memang ia lumrah untuk hidup dan kita perlu banyakkan bersabar.satu tahap,kekadang tahap kesabaran saya tercabar....saya bersabar dan menanti tetapi ianya hanya di pandang sebelah mata oleh insan yang saya tngu slma beberapa tahun.. sudah cukup saya bersabar dengannya..hanya krna jarak yg jauh memisahkan,jadi hati kami juga perlu di pisahkan.bkn bersedih atas hal ini,tetapi saya juga manusia yg mempunyai perasaan..tiba satu saat,bila saya belajar untuk terima insan lain, kenapa baru sekarang dia mula menyesal dan menghargai saya? ? sudah terlambat,hati saya bukan untuk insan yg sudah permainkan sy,tapi sebaliknya untuk bakal zaujan sy...insyaALLAH:) sy tdk menyesal untk tdk memilih dia smula,krna sy ykin yg dia tdk mampu untuk mencintai sy,seperti bakal suami saya skrg.. ALHAMDULILLAH,ALLAH membuka hati kami dan sy juga dapat melihat yg mana sebenarnya jujur menerima saya seadanya..semuanya sy serahkan kepada ALLAH,biar DIA yg menentukan sglanya.kalaulah dulu dia mghargai saya seperti sy mghrgainya....semua ni xkan terjadi.sudah ditakdirkan antara doctor egypt dan CA malaysia xda jodoh..:) apapun,letakkan ALLAH yg teratas,insyaALLAH..cinta yg kau dambakan seindah apa yg kau inginkan..:) :) :)

sempurnakah aku?????

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”