CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 3 October 2011

assigment 2@words


Table of Contents
DEFINISI 1
KESAN E-LEARNING 2
KEBAIKAN E-LEARNING 3
KEBURUKAN E-LEARNING 4




elearningKESAN E-LEARNING KEPADA
PELAJAR

DEFINISI




 Sekilas perlu kita pahami ulang apa e-Learning itu sebenarnya. E-Learning adalah pembelajaran jarak jauh (distance Learning) yang memanfaatkan teknologi komputer, jaringan komputer dan/atau Internet. E-Learning memungkinkan pembelajar untuk belajar melalui komputer di tempat mereka masing-masing tanpa harus secara fisik pergi mengikuti pelajaran/perkuliahan di kelas. E-Learning sering pula dipahami sebagai suatu bentuk pembelajaran berbasis web yang bisa diakses dari intranet di jaringan lokal atau internet. Sebenarnya materi e-Learning tidak harus didistribusikan secara on-line baik melalui jaringan lokal maupun internet, distribusi secara off-line menggunakan media CD/DVD pun termasuk pola e-Learning. Dalam hal ini aplikasi dan materi belajar dikembangkan sesuai kebutuhan dan didistribusikan melalui media CD/DVD, selanjutnya pembelajar dapat memanfatkan CD/DVD tersebut dan belajar di tempat di mana dia berada.
 • Pembelajaran jarak jauh. E-Learning memungkinkan pembelajar untuk menimba ilmu tanpa harus secara fisik menghadiri kelas. Pembelajar bisa berada di Semarang, sementara “instruktur” dan pelajaran yang diikuti berada di tempat lain, di kota lain bahkan di negara lain. Interaksi bisa dijalankan secara on-line dan real-time ataupun secara off-line atau archieved.
 • Pembelajaran formal vs. informal E-Learning bisa mencakup pembelajaran secara formal maupun informal. E-Learning secara formal, misalnya adalah pembelajaran dengan kurikulum, silabus, mata pelajaran dan tes yang telah diatur dan disusun berdasarkan jadwal yang telah disepakati pihak-pihak terkait (pengelola e-Learning dan pembelajar sendiri). Pembelajaran seperti ini biasanya tingkat interaksinya tinggi dan diwajibkan oleh perusahaan pada karyawannya, atau pembelajaran jarak jauh yang dikelola oleh universitas dan perusahaan-perusahaan (biasanya perusahan konsultan) yang memang bergerak di Infrastruktur e-Learning:
Infrastruktur e-Learning dapat berupa personal computer (PC), jaringan komputer, internet dan perlengkapan multimedia.












KESAN  E-LEARNING



E-learning merupakan salah satu kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, setiap kaedah mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Dari segi kebaikan, e-learning memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah. Bagi pensyarah, ia akan memudahkan pensyarah untuk upload nota, jimatkan kos kerana pensyarah x perlu print out nota untuk pelajar. ia juga memudahkan pensyarah ubtuk membuat apa-apa pengumuman atau memberitahu berita terkini dengan cepat. Kaedah menerusi e-pembelajaran juga dapat memupuk dan meluaskan capaian pelajar kepada teknologi kolaboratif yang baru serta mendedahkan mereka dengan pembelajaran secara berkumpulan. dari segi keburukan pula, ia akan menyebabkan wujudnya jurang di antara pelajar dengan pensyarah kerana pelajar dan pensyarah jarang berjumpa. bagai pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah mereka, ia akan menyukarkan dalam e-pembelajaran.







KEBAIKAN E-LEARNING






Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka.













KEBURUKAN ……







Keburukan menggunakan E-Learnin pula adalah mewujudkan kurangnya komunikasi antara pensyarah dan pelajar kerana kedua-dua pihak jarang berjumpa. Ini seterusnya menyukarkan pelajar untuk berkongsi atau bercerita masalah dengan pensyarah mereka berkaitan aspek pembelajaran.Keburukannya yang lain adalah risiko berlakunya unsur plagiat, pelanggaran hak cipta atau dengan kata lain mengambil hak penulisan orang lain tanpa kebenaran. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar terutamanya golongan miskin yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan internet. Ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat perkara-perkara yang dipaparkan dalam E-Learning.  












0 comments:

Post a Comment